Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan bukan lagi pilihan sebaliknya keperluan orang ramai masa kini.<br /><br />Jika dahulu, klinik perubatan hanya terhad kepada memberikan khidmat perubatan, namun kini ia lebih meluas dengan penawaran pelbagai perkhidmatan demi kesihatan orang ramai.<br /><br />Selain perkhidmatan kesihatan, Neo Medicare sebuah pusat perubatan holistik, giat menggunakan platform digital sebagai medium komunikasi, dan konsultasi bersama pelanggan mereka.
